Laman Web
http://tabikakemasteloklayang.weebly.com/
http://tabikateloklayang.multiply.com/
Foto Tabika di Windows Live
Laman Web Kemas Negeri Kedah
http://www.kemas.gov.my/65
Monday, 28 December 2009
SELAMAT DATANG MURID-MURID
Thursday, 19 November 2009
Mini Konvokesyen KEMAS Parlimen Kuala Kedah 18.11.2009
** Koleksi gambar Konvokesyen boleh diakses di sini
http://cid-5c765ff122c6516e.skydrive.live.com/browse.aspx/Mini%20Konvokesyen%20KEMAS%20Parlimen%20Kuala%20Kedah%2018.11.2009
Program ini telah berlangsung di Darul Aman Golf & Country Club , Jitra, Kedah pada 18.11.2009.
Kanak-kanak daripada Tabika Kampung Telok Layang turut mengambil bahagian dalam acara tersebut.
Tabika ini juga telah memenangi Anugerah Khas Pengerusi & Jawatankuasa Paling Aktif bagi tahun 2009.
Tahniah diucapkan kepada semua yang jawatan kuasa yang telah bertungkus lumus dan memberi sepenuh kerjasama bagi menjalankan aktiviti Tabika di tahun ini.
Semoga kemenangan ini akan dapat menyuntik semangat untuk kita semua berusaha dengan lebih gigih lagi di masa yang akan datang....
Thursday, 12 November 2009
Konvokesyen Tabika KEMAS DUN Pengkalan Kundur
Monday, 26 October 2009
Tuesday, 20 October 2009
Artikel 1
Oleh Wan Nur Faizah bt Ismail
Penerapan budaya penyayang kanak-kanak prasekolah adalah sesuatu yang penting bagi memupuk nilai dan keperibadian yang murni dalam diri mereka.
Guru menjadi pengurus yang menguruskan keperluan dan sentiasa peka dengan keperluan murid-murid terutamanya dalam penyediaan bahan permainan. Dalam proses menyediakan bahan permainan, kepelbagaian dan fleksibiliti adalah menjadi keutamaan. Melalui bermain murid dapat menjalin hubungan dua hala dan pelbagai hala. Alyani dan Diana mempunyai sifat egosentrik yang tinggi kerana tidak dapat memahami antara satu sama lain. Oleh yang demikian, guru perlu sentiasa menerapkan perasaan menghormati hak orang lain, memahami orang lain selain diri sendiri, bermain bersama-sama dan membentuk kumpulan dengan sendirinya terbit rasa kasih sayang serta suasana yang kondusif dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Strategi dalam menghadapi masalah kedua-dua murid ini perlu ditangani dengan bijak dan penuh sifat penyayang sebagaimana yang kita ingini dari murid-murid. Berdasarkan Model Glasser, murid-murid perlu mempunyai pilihan yang baik, memenuhi keperluan dimiliki, kebebasan dan gembira. Memberi peluang dengan mengemukakan pendapat dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Memahami dan mengambil kira pandangan mereka memudahkan guru menyemai perasaan sayang dan menyuburkan perasaan itu dalam diri mereka. Sebagai contoh, melalui perbincangan dalam kelas, murid-murid sepakat untuk bermain lego jadi, peneguhan negatif dapat diberikan untuk mendapat tingkahlaku positif dari murid-murid. Guru meminta supaya mereka bermain lego bersama-sama, tidak berebut dan tidak mengganggu rakan-rakan. Sekiranya melanggar arahan ini, mereka tidak dapat bermain lego lagi. Secara tidak langsung mereka gembira kerana kehendak mereka dituruti dan secara tidak langsung mereka berhasrat untuk tidak berebut, bertoleransi dan mereka akan sedaya upaya
Teknik resolusi dan pengurusan konflik juga dapat membantu mereka untuk lebih bersifat penyayang. Guru boleh meminta Diana bertanya dahulu, “Bolehkah saya mengambil lego kamu?” dan guru meminta Alyani menyerahkan sedikit legonya kepada Diana. Guru juga boleh meminta Diana buat sesuatu yang lain untuk mengalih perhatiannya dari lego Alyani. Minta Diana membuat sesuatu seperti menunjukkan kad suai padan yang baru, memberi buku cerita dan sebagainya. Fahamkan Diana kepada konsep mengikut giliran, memberi hak kepada orang lain terlebih dahulu dan tidak terburu-buru. Alyani juga perlu diberi penjelasan paya bersikap lembut dan prihatin dengan kehendak rakan. Dalam setiap pengurusan konflik, guru jangan bersikap berat sebelah. Situasi menang-menang perlu ada di akhir penyelesaian masalah ini.
Monday, 19 October 2009
salam perkenalan
.jpg)
Assalamualaikum... saya Wan Nur Faizah bt Ismail merupakan guru baru di Tabika Telok Layang. setelah tamat pengajian di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Darulaman Jitra, Kedah. Saya sangat teruja dan gembira dengan suasana tabika ini. Amat membanggakan, saya mendapati ini adalah satu-satunya blog tabika kemas yang dikendalikan sendiri oleh Pengerusi secara aktif. Saya amat berharap blog ini dapat memberi maklumat dan manfaat kepada seluruh warga Malaysia amnya dan warga KEMAS khususnya.
Saturday, 22 August 2009
Program Sambutan Bulan Kemerdekaan
TABIKA Telok Layang telah mengadakan Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat TABIKA pada hari Khamis 20.08.2009.
Ia telah berjalan dalam suasana yang cukup meriah dan turut disertai oleh ibu bapa dan para waris.
Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.
